- The Smarters-
To be the smart businessman and make the GOOD life...
enjoy read this blog and be the follower ,ok!
enjoy read this blog and be the follower ,ok!
Sunday, 12 February 2012
My name is Muhamad Yasin (Yas)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.saya juga merupakan ahli didalam blog ini.Sebelum itu,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri saya..Nama penuh saya ialah Muhamad Yasin b.MEJAR (B) Mohamad Nasir.Saya dilahirkan pada tanggal 3 april 1993 di sebuah hospital iaitu Hospital Damai,Taman Melawati yang terletak di Kuala lumpur.Rumah saya terletak di Taman Ukay perdana,Ampang selangor.Saya mula mendapat mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati.Setelah tamat pendidikan pada peringkat rendah saya menyambung pelajaran saya disekolah Menengah kebangsaan seri keramat.saya telah menamat pendidikan pada peringkat menengah pada tahun 2010.
Setelah selesai menamatkan peperiksaan sijil pelajaran malaysia saya telah bekerja pelbagai pekerjaan sambilan sementara menunggu jawapan keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia.Antaranya,saya pernah bekerja sebagai penolong khidmat pelanggan disebuah pusat membeli belah yang terkemuka di kotaraya iaitu Isetan of Japan.Selain itu,saya juga pernah bekerja sebagai pembantu jualan di stor 7-eleven yang terletak berhampiran dengan rumah saya.Banyak pengalaman yang saya pelajari sewaktu saya bekerja..Setelah itu,hasil berkat.usaha dan tawakal saya dalam menduduki peperiksaan spm,saya telah mendapat keputusan yang agak membanggakan.
Saya juga telah ditawarkan mengikuti program diploma pengajian perniagaan pada peringkat pengajian tinggi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di negeri Perlis Indera Kayangan.Disini,saya telah berjumpa dan mengenali ramai kenalan baru yang kebanyakan berasal dari negeri yang berbeza beza.Walaupun demikian,kami dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain dan dapat berkawan secara baik.Tapi bukan itu tujuan utama saya datang kesini,saya mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin belajar bersungguh-sunggh dan membawa pulang segulung ijazah dalam bidang pengajian perniagaan.Cita-cita saya ialah menjadi seorang pegawai kerajaan yang berjaya dalam bidang perniagaan.Impian saya pula ialah ingin menjadi seorang jutawan dan berjaya dalam dunia meskipon akhirat.Setiap orang pernah menghadapi peristiwa manis mahupun peristiwa pahit.Peristiwa manis saya ialah,saya dan keluarga pernah menunaikan umrah bersama sama di madinah dan kota suci mekah.Peristiwa pahit yang sukar saya lupakan ialah saat pemergian ayahnda tercinta kembali ke rahmatullah buat selama lamanya.Allah s.w.t lebih menyayangi dirinya.
Segala rintangan,dugaan dan cabaran yang pernah saya alami membuatkan saya lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan dan menempuhi liku-liku kehidupan pada masa akan datang.Sampai disini sahajalah,serba sedikit mengenai diri saya yang boleh saya kongsikan untuk anda semua..Yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri dan yang kebaikan dan kemulian datang hasil kurnian Allah s.w.t..Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah...Amin..
The part Of This blog..I'm Mohammad Suhaimi(Ami)
Asalamualaikum..
Sekalung perhargaan kepada yang maha Esa kerana memberi kesempatan pada saya menceritakan sejarah silam saya dalam ruang ni...meskipun ia sekadar coretan pendek tapi sudah cukup untuk menceritakan sejarah hidup saya..nama diberi Mohammad Suhaimi B Zulkifli ( AMI).Dilahirkan pada 14 Jun 1993 di Gombak,Selangor dan kini menetap di Klang,Selangor.Merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik.Kiranya saya merasai abng,akak,adik perempuan dan adik lelaki(untung la jd ank pertengahan ni).Bapa ku bernama Zulkifli b Ahmad dan ibuku Norhaziah bt Alias.Aku sejak kecil sudah di besarkan dalam keadaan berdikari untuk hidup.
Bagi aku ,hidup ini perlu berdiri dengan kaki sendiri barulah rasa apa itu kehidupan.Aku dulu bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah,n.9.Seterusnya memasuki ke Sek.Men.Ren.Agama Repah,Tampin,n.9.saya belajar di sana sebagai hostel boy selama 2 tahun kerana sekolah tersebut hanya sampai ting.3.Selepas itu,saya meneruskan pelajaran ke Sek.Men.Dato Abdul Samad,Kuala Pilah.Selepas result SPM keluar,aq dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Tuanku Syed Sirajudin,Arau,Perlis dalam jurusan Pengurusan Perniagaan untuk tempoh 2 tahun setengah.Masih saya ingat akan pendaftaran saya ke poli ni dengan keseorangan tanpa ditemani sesiapa berbanding kawan-kawan lain kerana faktor kesihatan kedua ibu bapa saya tidak mengizinkan.Namun itu tidak menjadi penghalang saya untuk menempa kejayaan disini kerana kejayaan itu wajib ada rintangan dan halangan di tempuhi.
'life is easy if you think easy to solved the problem but it's become hard if you think negative about you life"
Disinii juga saya bertemu kawan- kawan baru yang sama mengambil jurusan pengurusan perniagaan.Setiap hari ada sahaja kenangan dan aktiviti yang gembira kami semua lakukan.Bagi saya,setiap masa itu mengukir 1000 cerita yang akan di ingati dalam kehidupan kelak.
KAMI FROM 3 BOYS BUSINESS STUDY SAY HO_OLLA!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
Hey,guys...My Name Is Amerrul Arieffz(Am)
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini saya ditugaskan untuk membuat satu blog tentang diri saya. Sebelum itu, saya ingin mengenalkan diri saya. Nama penuh saya ialah Amerrul Arieff Bin Roslam. Saya telah dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur iaitu Pusat Rawatan Islam Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Ibu saya bernama Azian bt Abdul aziz dan ayah saya bernama Roslam b Kastam. Pada mulanya saya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang tetapi disebabkan masalah kesihatan,saya tidak dapat meneruskan untuk mencapai cita-cita saya itu. Setelah 5 tahun dijaga oleh kedua ibu bapa saya, saya telah di tadikakan di Tadika Umi yang terletak di Setapak. Setelah tamat tadika, saya telah bersekolah di Sk Danau Kota selama 6 tahun. Selepas itu, saya meneruskan pelajaran di Smk Setapak Indah sebelum ditawarkan ke Smt Setapak.
Dengan berkat usaha dan doa, saya dapat melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam bidang pengurusan perniagaan. Saya berhasrat dengan bidang yang saya ambil, saya dapat meneruskan perniagaan yang diuruskan oleh bapa saya. Insyallah. Sejak saya meneruskan pelajaran di politeknik ini, saya telah dapat ramai kawan dari seluruh Malaysia. Walaupun berlainan loghat, namun saya masih dapat memahami dan mempelajarinya. Disini saya dapat belajar berdikari dan menguruskan diri tanpa bantuan ibu bapa. Walaupun mereka jauh dimata, namun mereka tetap dekat dihati. Tetapi saya masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Dengan semangat yang ada, saya akan cuba belajar bersungguh-sungguh agar kedua ibu bapa saya merasa bangga dengan saya.
Akhir kata, saya akan cuba mengubah diri saya menjadi lebih baik dari sebelum ini dan akan belajar bersungguh-sungguh serta menjadi seorang mukmin yang berjaya. InsyaAllah. Assalamualaikum.
Saturday, 11 February 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)








