To be the smart businessman and make the GOOD life...
enjoy read this blog and be the follower ,ok!

Sunday, 12 February 2012

My name is Muhamad Yasin (Yas)



          Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.saya juga merupakan ahli didalam blog ini.Sebelum itu,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri saya..Nama penuh saya ialah Muhamad Yasin b.MEJAR (B) Mohamad Nasir.Saya dilahirkan pada tanggal 3 april 1993 di sebuah hospital iaitu Hospital Damai,Taman Melawati yang terletak di Kuala lumpur.Rumah saya terletak di Taman Ukay perdana,Ampang selangor.Saya mula mendapat mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati.Setelah tamat pendidikan pada peringkat rendah saya menyambung pelajaran saya disekolah Menengah kebangsaan seri keramat.saya telah menamat pendidikan pada peringkat menengah pada tahun 2010.
            Setelah selesai menamatkan peperiksaan sijil pelajaran malaysia saya telah bekerja pelbagai pekerjaan sambilan sementara menunggu jawapan keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia.Antaranya,saya pernah bekerja sebagai penolong khidmat pelanggan disebuah pusat membeli belah yang terkemuka di kotaraya iaitu Isetan of Japan.Selain itu,saya juga pernah bekerja sebagai pembantu jualan di stor 7-eleven yang terletak berhampiran dengan rumah saya.Banyak pengalaman yang saya pelajari sewaktu saya bekerja..Setelah itu,hasil berkat.usaha dan tawakal saya dalam menduduki peperiksaan spm,saya telah mendapat keputusan yang agak membanggakan.
       Saya juga telah ditawarkan mengikuti program diploma pengajian perniagaan pada peringkat pengajian tinggi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di negeri Perlis Indera Kayangan.Disini,saya telah berjumpa dan mengenali ramai kenalan baru yang kebanyakan berasal dari negeri yang berbeza beza.Walaupun demikian,kami dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain dan dapat berkawan secara baik.Tapi bukan itu tujuan utama saya datang kesini,saya mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin belajar bersungguh-sunggh dan membawa pulang segulung ijazah dalam bidang pengajian perniagaan.Cita-cita saya ialah menjadi seorang pegawai kerajaan yang berjaya dalam bidang perniagaan.Impian saya pula ialah ingin menjadi seorang jutawan dan berjaya dalam dunia meskipon akhirat.Setiap orang pernah menghadapi peristiwa manis mahupun peristiwa pahit.Peristiwa manis saya ialah,saya dan keluarga pernah menunaikan umrah bersama sama di madinah dan kota suci mekah.Peristiwa pahit yang sukar saya lupakan ialah saat pemergian ayahnda tercinta kembali ke rahmatullah buat selama lamanya.Allah s.w.t lebih menyayangi dirinya.
      Segala rintangan,dugaan dan cabaran yang pernah saya alami membuatkan saya lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan dan menempuhi liku-liku kehidupan pada masa akan datang.Sampai disini sahajalah,serba sedikit mengenai diri saya yang boleh saya kongsikan untuk anda semua..Yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri dan yang kebaikan dan kemulian datang hasil kurnian Allah s.w.t..Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah...Amin..



No comments:

Post a Comment