To be the smart businessman and make the GOOD life...
enjoy read this blog and be the follower ,ok!

Sunday, 12 February 2012

Hey,guys...My Name Is Amerrul Arieffz(Am)



           Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini saya ditugaskan untuk membuat satu blog tentang diri saya. Sebelum itu, saya ingin mengenalkan diri saya. Nama penuh saya ialah Amerrul Arieff Bin Roslam. Saya telah dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur iaitu Pusat Rawatan Islam Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Ibu saya bernama Azian bt Abdul aziz dan ayah saya bernama Roslam b Kastam. Pada mulanya saya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang tetapi disebabkan masalah kesihatan,saya tidak dapat meneruskan untuk mencapai cita-cita saya itu. Setelah 5 tahun dijaga oleh kedua ibu bapa saya, saya telah di tadikakan di Tadika Umi yang terletak di Setapak. Setelah tamat tadika, saya telah bersekolah di Sk Danau Kota selama 6 tahun. Selepas itu, saya meneruskan pelajaran di Smk Setapak Indah sebelum ditawarkan ke Smt Setapak.
      Dengan berkat usaha dan doa, saya dapat melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam bidang pengurusan perniagaan. Saya berhasrat dengan bidang yang saya ambil, saya dapat meneruskan perniagaan yang diuruskan oleh bapa saya. Insyallah. Sejak saya meneruskan pelajaran di politeknik ini, saya telah dapat ramai kawan dari seluruh Malaysia. Walaupun berlainan loghat, namun saya masih dapat memahami dan mempelajarinya. Disini saya dapat belajar berdikari dan menguruskan diri tanpa bantuan ibu bapa. Walaupun mereka jauh dimata, namun mereka tetap dekat dihati. Tetapi saya masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Dengan semangat yang ada, saya akan cuba belajar bersungguh-sungguh agar kedua ibu bapa saya merasa bangga dengan saya.
       Akhir kata, saya akan cuba mengubah diri saya menjadi lebih baik dari sebelum ini dan akan belajar bersungguh-sungguh serta menjadi seorang mukmin yang berjaya. InsyaAllah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment